CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 20, 2009

TENSION part 1


21 April 2009 10.19am selasa

Agrhhh....!!! Tension nye pagi ni.
Seawal pagi lagi diri dengan hati yang lapang tanpa paksaan menuju ke tempat kerja. Walau pun terpaksa bersesak ketika menaiki komuter yang tiba tepat pada 6.48am di stesen Shah Alam.Melangkah ke pejabat dengan hati yang tenang. Hari ini hari kedua Kursus Pra Penempatan. Sessi pertama akan dimulakan dengan tajuk Pengurusan Kewangan dari SIDC. Sesudah menjamah meehoon goreng di kantin diri melangkah ke Bilik Taklimat bertempat di tingkat 3. Penceramah masih tidak kelihatan. Hati mula tergerak untuk membuat panggilan pengesahan. Aduh...jawapan yang diterima amat membunuh semangat pagi ini. Penceramah tidak sedar akan sessi beliau pada hari ini walau pun jadual telah diutuskan. Apa pun yang terjadi diri menerima kesilapan sendiri. Sepatut nya pengesahan tetap dibuat seawalnya. Masa berlalu begitu lambat tatkala menunggu kehadian penceramah. En.Azril akhirnya muncul tepat pada 9.36am sejam lewat dari waktu sepatutnya. Ahhh...!! lega rase nye. Sessi-sessi berikutnya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..
* hati bagai tidak tenteram sekiranya tugasan atau rancangan tidak berjalan denagan lancar. Ini dijadikan pengajaran dimasa-masa mendatang.

breakfast pagi tadi (mee hoon, sambal paru, sambal sardin dan milo panas.... hmmmm... simple tapi, sedapnya..)


dari meja sekretariat semasa sessi imej diri dan organisasi

0 comments: