CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 20, 2009

PASSION part 1

20 April 2009 Monday 9.14pm

First day of the week ...kerja..kerja..


Setibanya di pejabat diri mula meneliti kerja-kerja yang ditinggal Jumaat lepas.Tiada yang tertunggak. Hari ini kursus Pra Penempatan bemula.Diri mula melangkah memasuki lif ke tingkat 3, Bilik Taklimat. Bertugas sebagai seketariat kursus membuatkan diri sentiasa menjamah ilmu-ilmu yang baru. Bertuah rasa diri bila di tempatkan di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Tapi adakah ini satu kepuasan? Ya. Mendalam? Bila ditanya diri, lalu blog ini di "update"kan dibawah tajuk PASSION aka KEGAIRAHAN/MINAT MENDALAM


PASSION



Jika disentuh "passion" terhadap kerjaya, diri merasakan jawatan sebagai artis budaya yang pernah disandang selama 10tahun telah memberikan satu kepuasan yang tidak tergambar. Mengimbau kembali saat diri mula menapak di bidang seni ini pada tahun 1997, tidak pernah terlintas di fikiran kepuasan yang bakal dirasai. Bermula dengan minat, diri telah melepaskan genggaman status lepasasn Polikteknik Ungku Omar dibawah bidang Kejuruteraan Awam.

Bermula di Kumpulan Selendang Perak, diri mula melangkah ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun berikutnya sehingga gelaran artis budaya dilepaskan pada 22 April 2008. Selama itu, diri tidak pernah jemu, setiap hari penuh dengan keinginan mendalam terhadap kerjaya. Setiap kali persembahan berakhir dengan lancar, satu kepuasan yang targambar dirasai.

Pernah diri merasa serba tidak kena dan sedikit sedih pabila kadang kala tidak tersenarai dalam satu-satu persembahan. Mungkin ini lah "passion" kerjaya diri. Diri mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terkira kepada jurulatih-jurulatih dan senior-senior yang banyak mengajar diri. Abg Youn, Abg Jas, Papa, Kak Ala, Abg Khalib, Kak Malinda, pendek kata semua rakan artis budaya. Terima kasih atas tunjuk ajar dan menjadi sebahagian dari hidup ini.

Menyandang jawatan sekarang, diri perlu mencari dimana kepuasan diri agar segala tugas dapat dilakukan dengan ikhlas dan sempurna. Melihat kesempurnaan sesuatu kursus dibawah pengawasan diri dan kepuasan peserta yang menyertainya telah dapat melahirkan sedikit sebanyak kegairahan diri terhadap kerjaya baru ini. Rakan-rakan baru telah banyak membantu. Untuk Wani,Anis,Yusran,Salwa, Man, thanks alot you guys,



0 comments: