CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

me self

Isnin 27 April 2009 12.39pm
Banyak kerja nak disiapakan, esok ada Kursus Persediaan Bakal Pesara di Dynasty Hotel. 3 hari 2 malam disana, leganya dapat keluar dari pe jabat. walaupun agak sibuk hari ini,sempat juga diri melayari url yang dicadangkan oleh seorang teman.
Ini keputusan dari personaliti test yang di buat dari www.quizbox.com/personality/test


our view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.



Saturday, April 25, 2009

my favorite part 2

kali pertama mendengar lagu ini semasa di Dubai pada 2000, diri merasa tertarik walau pun tidak memahami kata-katanya pada masa itu kerna tidak besertakan "english subtitle". Lagu ini telah menjadi salah satu "love song" kegemaran... so check it out..!!

my favorite part 1

Lonely the path you have chosen
A restless road, no turning back
One day you will find your light again
Don't you know
Don't let go be strong
Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you
Tout seul tu t'en iras tout seul
Coeur ouvert à l'univers
Poursuis ta quête
Sans regarder derrière
N'attends pas
Que le jour se lève
Suis ton étoile
Vas jusqu'où ton rêve t'emporte
Un jour tu le toucheras
Si tu crois Si tu crois Si tu crois en toiS uis ta lumière
N'éteins pas la flamme que tu portes
Au fond de toi souviens toi
Que je crois Que je crois Que je crois en toi
Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I know that it's true
Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you
ini adalah lirik lagu yang biasa didengar setiap kali diri berasa sedikit patah semangat atau "bad mood". Bagi diri ini lagu ini dapat memberi sedikit kelapangan fikiran dan memberi sedikit semangat. Enjoy...!

my Pic 1

... 25 April 2009 4.16pm.
Diri sedikit bosan,









best nya kalau 'pic' sebesar ni di tengah-tengah bandaraya,
'glamer' rase nyer hehehehehehehe

Bali 2009


Bali
berlatarbelakangkan
Gunung Berapi Kintamani










holiday di Bali April 2009

di Janda Baik
semasa Kursus utk Arkitek









just me...
di Ankara Turki 2006
(kali kedua ke Turki)


di sebuah restoran halal di Taiwan 2007




watak raja ular
untuk Dramatari
Puteri Menora






just me...

Monday, April 20, 2009

TENSION part 1


21 April 2009 10.19am selasa

Agrhhh....!!! Tension nye pagi ni.
Seawal pagi lagi diri dengan hati yang lapang tanpa paksaan menuju ke tempat kerja. Walau pun terpaksa bersesak ketika menaiki komuter yang tiba tepat pada 6.48am di stesen Shah Alam.Melangkah ke pejabat dengan hati yang tenang. Hari ini hari kedua Kursus Pra Penempatan. Sessi pertama akan dimulakan dengan tajuk Pengurusan Kewangan dari SIDC. Sesudah menjamah meehoon goreng di kantin diri melangkah ke Bilik Taklimat bertempat di tingkat 3. Penceramah masih tidak kelihatan. Hati mula tergerak untuk membuat panggilan pengesahan. Aduh...jawapan yang diterima amat membunuh semangat pagi ini. Penceramah tidak sedar akan sessi beliau pada hari ini walau pun jadual telah diutuskan. Apa pun yang terjadi diri menerima kesilapan sendiri. Sepatut nya pengesahan tetap dibuat seawalnya. Masa berlalu begitu lambat tatkala menunggu kehadian penceramah. En.Azril akhirnya muncul tepat pada 9.36am sejam lewat dari waktu sepatutnya. Ahhh...!! lega rase nye. Sessi-sessi berikutnya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..
* hati bagai tidak tenteram sekiranya tugasan atau rancangan tidak berjalan denagan lancar. Ini dijadikan pengajaran dimasa-masa mendatang.

breakfast pagi tadi (mee hoon, sambal paru, sambal sardin dan milo panas.... hmmmm... simple tapi, sedapnya..)


dari meja sekretariat semasa sessi imej diri dan organisasi

PASSION part 1

20 April 2009 Monday 9.14pm

First day of the week ...kerja..kerja..


Setibanya di pejabat diri mula meneliti kerja-kerja yang ditinggal Jumaat lepas.Tiada yang tertunggak. Hari ini kursus Pra Penempatan bemula.Diri mula melangkah memasuki lif ke tingkat 3, Bilik Taklimat. Bertugas sebagai seketariat kursus membuatkan diri sentiasa menjamah ilmu-ilmu yang baru. Bertuah rasa diri bila di tempatkan di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Tapi adakah ini satu kepuasan? Ya. Mendalam? Bila ditanya diri, lalu blog ini di "update"kan dibawah tajuk PASSION aka KEGAIRAHAN/MINAT MENDALAM


PASSION



Jika disentuh "passion" terhadap kerjaya, diri merasakan jawatan sebagai artis budaya yang pernah disandang selama 10tahun telah memberikan satu kepuasan yang tidak tergambar. Mengimbau kembali saat diri mula menapak di bidang seni ini pada tahun 1997, tidak pernah terlintas di fikiran kepuasan yang bakal dirasai. Bermula dengan minat, diri telah melepaskan genggaman status lepasasn Polikteknik Ungku Omar dibawah bidang Kejuruteraan Awam.

Bermula di Kumpulan Selendang Perak, diri mula melangkah ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun berikutnya sehingga gelaran artis budaya dilepaskan pada 22 April 2008. Selama itu, diri tidak pernah jemu, setiap hari penuh dengan keinginan mendalam terhadap kerjaya. Setiap kali persembahan berakhir dengan lancar, satu kepuasan yang targambar dirasai.

Pernah diri merasa serba tidak kena dan sedikit sedih pabila kadang kala tidak tersenarai dalam satu-satu persembahan. Mungkin ini lah "passion" kerjaya diri. Diri mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terkira kepada jurulatih-jurulatih dan senior-senior yang banyak mengajar diri. Abg Youn, Abg Jas, Papa, Kak Ala, Abg Khalib, Kak Malinda, pendek kata semua rakan artis budaya. Terima kasih atas tunjuk ajar dan menjadi sebahagian dari hidup ini.

Menyandang jawatan sekarang, diri perlu mencari dimana kepuasan diri agar segala tugas dapat dilakukan dengan ikhlas dan sempurna. Melihat kesempurnaan sesuatu kursus dibawah pengawasan diri dan kepuasan peserta yang menyertainya telah dapat melahirkan sedikit sebanyak kegairahan diri terhadap kerjaya baru ini. Rakan-rakan baru telah banyak membantu. Untuk Wani,Anis,Yusran,Salwa, Man, thanks alot you guys,



Sunday, April 19, 2009

LONELY part 1

19 April 2099 Sunday : 7.40pm

Hari cuti, seawal jam 8.30 pagi mata ini menjamu persekitaran kamar tidur yang sedikit serabut. Telah beberapa kali dicuba lelapkan semula mata ini, gagal. Disebabkan hari ini tiada apa-apa tujuan, maka dikerah keringat diri untuk mengemas rumah.
Masa berlalu tanpa disedari, matahari yang gah memancar telah mula suram usia harinya. Selain dari mengemas rumah, tiada apa pun yang dilakukan hari ini. Adakah hari ini membosankan?adakah diri ini sunyi? Bagaimana dengan hari-hari yang mendatang?
Memandangkan hari ini diri agak kebosanan, blog ini di "update"kan di bawah tajuk LONELY aka SUNYI.

LONELY part 1

Jika diimbau semula zaman persekolahan dulu, diri mempunyai ramai kawan sama ada semasa di sekolah rendah mahu pun semasa di sekolah menengah. Sekolah Menengah Yok Bin, disini pemikiran diri mula matang. Rakan-rakan kebanyakan terdiri dari kaum cina, didalam kelas yang menempatkan hampir 40 pelajar hanya 2 pelajar melayu termasuk diri ini dan seorang pelajar singh. Namun persahabatan tetap utuh, bagai tiada perpezaan kaum. seronok sungguh waktu persekolahan.

Walau pun begitu ramai kawan-kawan di sekolah, diri tetap keseorangan dirumah. Mungkin tempat tinggal yang jauh? Hmm....? Keadaan ini membuatkan diri sibuk denagn aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah. Rasa gembira sangat bila berada di sekolah.

Sekarang,di alam pekerjaan keadaan tidak berubah. 10 tahun melibatkan diri sebagai artis budaya rakan-rakan menjadi akrab. Merekalah kawan,merekalah keluarga. Tapi bila pulang diri tetap keseorangan. Sunyi...? Setelah setahun bertukar tempat kerja, sama juga.

Adakah diri ini benar-benar sunyi...? Rakan-rakan sering berintonasi seakan pelik bila mengetahui diri sering menonton wayang berseorangan atau hanya duduk dirumah. "tak sunyi ke?" / "peliknya pergi wayang sensorang, tak bosan ke?" antara soalan yang sering kedengaran.

Jawapan optimistik yang sering di jawab "alar, kalau pergi wayang berdua atau bertiga, harga tikit tetap sama. kalau cerita tu bagus atau tidak tetap sama"
kadang kala diri gelak sendiri bila teringatkan jawapan ini.
Sunyi...
Bagi diri ini sunyi adalah rasa yang pasti dirasai oleh setiap insan. Sunyi tidak tertumpu pada mereka yang bersendirian saja,mungkin sunyi pada keadaan itu melahirkan rasa tenang. Bagi yang tidak bersendirian,adakah mereka tidak sunyi? Mungkin itu hanya luaran,bagaimana hati dan perasaan? Walau bagai mana pun keadaan hadir sunyi itu, diri harus optimistik bila melayan sunyi. Ini hanya pendapat diri .






Saturday, April 18, 2009

FRIENDS part 1


19 april 2009 : 12.52am.
apa yang nak diperkata kan? telah lama niat untuk memulakan blog ini..banyak perkara dan pendapat hendak di perkatakan dan dikongsi, tapi... tiba-tiba fikiran ini jadi buntu, masih tidak pasti intipati yang mana hendak dihidang kan duhulu...
...masa berlalu.... fikiran ini tanpa disedari kenangan-kenangan lalu,kawan-kawan lama yang makin jarang ditemui..... diri mengambil keputusan untuk memulakan catatan blog ini dibawah topik : "FRIENDS" aka Kawan
FRIENDS part 1
....April ini atau lebih tepat lagi pada 22hb april 2009 genap lah setahun diri ini melepaskan jawatan artis budaya setelah 10 tahun melibatkan diri. Rakan-rakan yang dahulu sering berlatih,bergelak bersama dan merungut bersama semakin jarang ditemui. " i miss them so much." Dalam 10 tahun bersama, banyak pengalaman yang dikongsi.....pahit manis,gelak tawa, ini lah juga keluarga. disini lah diri ini menemui kakak,abang dan adik sebagai tempat berkongsi rasa. "just like a big happy family" Tak terucap terima kasih kerna menjadi sebahagian dari hidup ini.." i'll never forget all of you"
Pada 3 April yang lalu diri ini telah berangkat ke Bali Indonesia bersama sebahagian rakan-rakan yang dirindui sejak setahun yang lalu. Didalam pesawat diri ini rancak berborak bersama Bell dan Ain yang duduk di kerusi sebelah. Terubat rindu, memandangkan jawatan sekarang adalah di HR Department, sedikit sebanyak tutur kata dan tingkah laku sedikit terbatas berbanding dulu. Banyak perkara di imbas dan di perkatakan... seronok rasanya...

My boarding pass


Berlatar belakangkan Gunung Berapi Kintamani
dr kiri :- acik(nizam), ana,bell,kak ala,abg sham,ain,adeq,adeq farid,me self,jeff






di Tanah Lot