19 April 2099 Sunday : 7.40pm
Hari cuti, seawal jam 8.30 pagi mata ini menjamu persekitaran kamar tidur yang sedikit serabut. Telah beberapa kali dicuba lelapkan semula mata ini, gagal. Disebabkan hari ini tiada apa-apa tujuan, maka dikerah keringat diri untuk mengemas rumah.
Masa berlalu tanpa disedari, matahari yang gah memancar telah mula suram usia harinya. Selain dari mengemas rumah, tiada apa pun yang dilakukan hari ini. Adakah hari ini membosankan?adakah diri ini sunyi? Bagaimana dengan hari-hari yang mendatang?
Memandangkan hari ini diri agak kebosanan, blog ini di "update"kan di bawah tajuk LONELY aka SUNYI.
LONELY part 1
Walau pun begitu ramai kawan-kawan di sekolah, diri tetap keseorangan dirumah. Mungkin tempat tinggal yang jauh? Hmm....? Keadaan ini membuatkan diri sibuk denagn aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah. Rasa gembira sangat bila berada di sekolah.
Sekarang,di alam pekerjaan keadaan tidak berubah. 10 tahun melibatkan diri sebagai artis budaya rakan-rakan menjadi akrab. Merekalah kawan,merekalah keluarga. Tapi bila pulang diri tetap keseorangan. Sunyi...? Setelah setahun bertukar tempat kerja, sama juga.
Adakah diri ini benar-benar sunyi...? Rakan-rakan sering berintonasi seakan pelik bila mengetahui diri sering menonton wayang berseorangan atau hanya duduk dirumah. "tak sunyi ke?" / "peliknya pergi wayang sensorang, tak bosan ke?" antara soalan yang sering kedengaran.
Jawapan optimistik yang sering di jawab "alar, kalau pergi wayang berdua atau bertiga, harga tikit tetap sama. kalau cerita tu bagus atau tidak tetap sama"
kadang kala diri gelak sendiri bila teringatkan jawapan ini.
Sunyi...
Bagi diri ini sunyi adalah rasa yang pasti dirasai oleh setiap insan. Sunyi tidak tertumpu pada mereka yang bersendirian saja,mungkin sunyi pada keadaan itu melahirkan rasa tenang. Bagi yang tidak bersendirian,adakah mereka tidak sunyi? Mungkin itu hanya luaran,bagaimana hati dan perasaan? Walau bagai mana pun keadaan hadir sunyi itu, diri harus optimistik bila melayan sunyi. Ini hanya pendapat diri .
1 comments:
lain kali nak tgk wayang ke ape ajak la adik2 nie..x la sunyi..hehehehhehe
Post a Comment